Ikatan Muslimin Malaysia

ISMA sentiasa komited untuk menghidupkan bangsa Melayu dengan Islam agar mampu berperanan sebagai bangsa tonggak kepada projek Islam di Malaysia.

Kenali Kami

Melayu Sepakat
Islam Berdaulat

ISMA terlibat secara aktif dalam menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada segenap lapisan masyarakat dengan menggunakan pelbagai cara dan pendekatan. Program-program ISMA merangkumi:

Kempen Terkini

Projek Pembangunan
Ummah Beragenda

BANTUAN 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 2021

Tak dapat nak bayangkan berapa banyak kerugian yang mangsa-mangsa banjir perlu tanggung 😭

Ayuh sama-sama ringankan beban saudara-saudara kita. Berikan sumbangan anda, tak kira tenaga mahupun wang ringgit.

Atas keprihatinan dan kesiapsiagaan kami, Relawan Muda dan sukarelawati IFFAH menggerakkan ahlinya di segenap pelusuk negera untuk turun ke lapangan membantu mangsa banjir.

Tabung Bencana Banjir Ahli ISMA Shah Alam

Dana terkumpul khas untuk ahli ahli isma shah alam dan keluarga terdekat yang terkesan secara langsung dengan bencana banjir baru baru ini.

Kerosakan rumah, perabot rumah, kenderaan dan pelbagai lagi kerugian akibat banjir yang melanda.

Sumbangan terus daripada ahli untuk ahli mencerminkan sifat prihatin kita kepada sesama ahli.

Dana diperlukan sejumlah rm10k.

Tiada istilah sumbangan kecil, setiap sumbangan ikhwah akhwat adalah amat bermakna.

Tabung Makanan Asnaf

Keperluan bantuan asas buat golongan yang memerlukan terutamanya golongan asnaf

Quran For All

Pengumpulan dana bagi pembelian Al-Quran kepada golongan sasaran secara percuma

Dana Baik Pulih Pusat Komuniti & Pejabat Isma Shah Alam

Seruan Sumbangan Infak untuk Relokasi dan Renovasi Pejabat ISMA Shah Alam

Mengharungi medan dakwah yang kian mencabar, ISMA Shah Alam mengambil langkah berani dalam memastikan dakwah dapat diteruskan dalam masa yang sama, operasi ISMA Shah Alam dapat dioptimakan. Sehubungan dengan itu, ISMA Shah Alam akan berpindah ke lokasi yang baru, Seksyen 24.

Dalam usaha ini, kami memerlukan sokongan anda. Kami mensasarkan untuk mengumpulkan RM30,000 bagi menampung kos relokasi dan renovasi baik pulih pejabat baru kami. Dengan sumbangan serendah RM30, anda boleh menyumbang 1 lot, dan kami memerlukan 1,000 lot untuk mencapai sasaran ini.

Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir: seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah, Ayat 261)

Sumbangan anda bukan sahaja akan membantu dalam peralihan ini tetapi juga akan memastikan kelangsungan dakwah di Shah Alam. Setiap ringgit yang anda dermakan akan memberikan impak besar dalam menyokong operasi dan aktiviti dakwah ISMA Shah Alam.

Bersama kita memperkukuhkan medan dakwah dan memastikan kelangsungan misi kita. Semoga Allah memberkati dan membalas setiap sumbangan anda dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Mari bersama-sama mengukir sejarah dalam dakwah di Shah Alam. Infakkan sedikit daripada rezeki anda untuk ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Jazakumullahu khairan kathira atas segala sumbangan anda!

Sahabat Quran PEKA24

KELAS MAKIN MENDAPAT SAMBUTAN, TAPI DANA TIDAK MENCUKUPI

Kelas al-Quran PEKA24 mula beroperasi pada Februari 2023. Kini para pelajar yang berdaftar hampir mencecah 20 orang & kami menjangkakan pelajar akan bertambah dari semasa ke semasa.

Disebabkan bilangan pelajar yang semakin bertambah, kami memerlukan dana untuk membayar elaun Tenaga Pengajar Al-Quran & membeli iqra’ atau al-Quran buat pelajar yang kurang berkemampuan.

🌟 Sebanyak RM10,000 diperlukan bagi mencapai Hasrat tersebut.
Nabi SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” Riwayat al-Tirmizi (662).

🌟 Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan yang menghulurkan sumbangan.

Dana Pembangunan Program dan Ahli ISMA Shah Alam

Dana akan digunakan untuk melaksanakan program umum di Shah Alam serta program pembangunan ahli.
Pelbagai lapisan masyarakat yang akan menerima manfaat termasuk kanak kanak (NAZIM), pelajar sekolah (KRIM), mahasiswa (PEMBINA), belia (PEMBINA, IFFAH) dan masyarakat umum secara keseluruhannya (ISMA)

INFAQ PROJEK SUMBANGAN TANGKI AIR

Antara yang terkesan adalah penduduk di rumah-rumah flat kos rendah di sekitar Shah Alam. Tangki air besi sedia ada di rumah-rumah flat ini sudah berkarat dan semakin reput sehinggakan ada yang tidak boleh sama sekali digunakan. 

Ada warga emas yang terpaksa berjalan jauh untuk mengangkat tong-tong air setiap kali bekalan air terputus, ada juga yang terpaksa menadah air hujan menggunakan baldi. 

ISMA Shah Alam membuka ruang untuk kita semua sama sama berinfak untuk membina tangki air yang akan dibina di kawasan rumah flat kos rendah di sekitar Shah Alam.

Dana Pembangunan Program dan Ahli ISMA Shah Alam

Dana akan digunakan untuk melaksanakan program umum di Shah Alam serta program pembangunan ahli.
Pelbagai lapisan masyarakat yang akan menerima manfaat termasuk kanak kanak (NAZIM), pelajar sekolah (KRIM), mahasiswa (PEMBINA), belia (PEMBINA, IFFAH) dan masyarakat umum secara keseluruhannya (ISMA)

Daftar Sebagai Ahli ISMA

Bersama-sama berganding bahu memperkasa ummah harapan demi membina negara Islam yang berdaulat.

Blog

Artikel Terkini