Artikel Kami

Hamba Ramadan atau hamba Allah?

Hamba Ramadan atau hamba Allah?

Bulan Ramadan dilihat sebagai institusi tarbiah terbaik bagi umat Islam keseluruhannya. Sebuah institusi yang sarat dengan pengajaran, dan sudah pastinya mendidik hati, roh dan jiwa. Ganjaran hebat yang disediakan juga semestinya direbut-rebut dengan memperbanyakkan amal ibadah di bulan ini.

Namun persoalannya, adakah amal ibadah ini diterima? Adakah kita mampu mentarbiah diri? Atau adakah kita hanya menjadi penyembah Ramadan semata-mata?.

Berkata Ali Bin Abi Talib,

“Jadikanlah penerimaan amalan itu lebih penting berbanding amalan, tidakkah kamu mendengar firman Allah SWT di dalam Al-Quran, Hanyasanya Allah menerima amalan daripada orang-orang yang bertakwa. Para salafussoleh, apabila selesai melakukan amalan kebaikan dan ketaatan, mereka akan risaukan pula penerimaan amalan tersebut, apakah diterima atau tidak.”

Setelah berjuang melawan nafsu dan memperbanyakkan amal ibadah, antara tanda penerimaan amalan seseorang itu adalah penerusan amalan selepas Ramadan bagi mengekalkan ketakwaan dalam 11 bulan yang mendatang. Amalan baik selepas Ramadan mampu diteruskan apabila kesan tarbiah Ramadan sudah dapat dicernakan oleh jiwa manusia.

Mereka yang berjaya mengubah diri dalam institusi Ramadan ini amat beruntung kerana terlepas dari kehinaan yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW,

Ramadan berlalu pergi - Indahnya Islam

Jika di bulan Ramadan kita mampu untuk membaca al-Quran setiap hari, teruskan juga di luar Ramadan begitu. Jika hadirnya Ramadan menjadikan kita seorang yang dermawan, teruskan juga di bulan-bulan lain begitu. Jika Ramadan menjadikan kita orang yang mampu mengawal nafsu, begitu lah juga harus dipraktikkan di bulan-bulan seterusnya. Jangan pula berhenti melaksanakan amal soleh apabila takbir raya bergema. 

Sentiasa berterusan dalam melakukan amal soleh adalah tanda-tanda bahawa kita bukanlah hamba Ramadan, dan ini juga menjadi bukti bahawa kita telah bergraduasi daripada institusi Ramadan ini dengan jayanya. Istiqamah adalah tanda kita terus mengakui Allah sebagai tuhan, dan kita adalah hamba-Nya.

TAWARAN ISTIMEWA SELEPAS RAMADAN!!! PUASA SUNAT ENAM SYAWAL – GANJARAN PAHALA YANG BESAR BAGI SESIAPA YANG MENUNAIKANNYA | Al-Haq Centre Malaysia

Semoga momentum kebaikan yang dilatih selama sebulan ini mampu diteruskan. 

Akhir kalam, selamat mengejar malam seribu bulan dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

 

Halimazaitul Azna bt Abd Halim

Timbalan Ketua Projek Komuniti Anggerik Seksyen 24 [PEKA 24]

Aktivis Isma Shah Alam

#ProjekKomunitiAnggerik

#UmmahFadhilah

#KomunitiFadhilah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *