Artikel Kami

Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak : Kemenangan Kecil

Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak : Kemenangan Kecil

Pada 10 Mei 2023 yang lalu, Familymart Malaysia mengumumkan bahawa 360 cawangan kedai mereka di seluruh negara telah menghentikan penjualan minuman beralkohol.

Dengan pengambilan alkohol, banyak keburukan dapat kita lihat terutamanya dalam hal kesihatan dan keselamatan masyarakat. Salah satu masalah yang sering muncul akibat pengambilan alkohol ini adalah pemandu mabuk. Mereka ini seringkali menyebabkan kemalangan jalan raya dan sangat berpotensi untuk mengancam nyawa orang lain. Oleh sebab itu, keputusan Familymart Malaysia untuk menghentikan penjualan minuman alkohol adalah satu langkah yang perlu dihargai.


Sebelum ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan beberapa NGO lain telah lama berusaha untuk menghentikan penjualan minuman alkohol di kedai-kedai serbaneka, terutamanya di penempatan majoriti muslim.

Antara usaha yang telah dilakukan ialah pada tahun 2022, ISMA cawangan Melaka Tengah, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), dan penduduk setempat di sekitar Merlimau Utara telah mengadakan protes terhadap penjualan arak di kedai serbaneka di sana sebagai manifestasi kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak yang telah pun berjalan sebelum ini.

Keputusan ini telah mendapat respon yang positif daripada pelbagai pihak. Salah satu respon positif dari tindakan ini adalah Family Mart di Bandar Baru Merlimau Utara telah mengambil langkah menghentikan penjualan minuman alkohol.

Tindakan seperti ini patut dipuji dan perlu mendapat sokongan daripada semua pihak, terutamanya masyarakat Muslim. Kedai serbaneka lain yang masih menjual minuman alkohol secara terbuka seharusnya mengambil langkah serupa untuk menjaga kepentingan kesihatan masyarakat umum. Harapannya, tindakan ini dapat menjadi satu titik permulaan dan contoh yang baik dalam mempromosikan gaya hidup sihat dan menjaga keamanan masyarakat daripada kesan negatif penggunaan alkohol.

Siti Nazatul Murnirah Mahadzir
Aktivis ISMA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *