Artikel Kami

Hedonisme Bukan Budaya Kita, Apatah Lagi LGBT

Hedonisme Bukan Budaya Kita, Apatah Lagi LGBT

Terkini heboh diperkatakan tentang satu kumpulan Rock Bristish terkenal, Coldplay yang bakal mengadakan konsertnya di Kuala Lumpur November ini.

Walaupun tiket dijual dengan harga yang boleh mencecah ribuan ringgit, rakyat Malaysia masih berlumba-lumba mendapatkan tiket untuk berjumpa artis pujaan mereka. Malah, ada yang meminta supaya harga tiket turut dijual dengan harga rahmah.

Pelik tapi benar, pemimpin negara juga sangat mengalu-alukan kehadiran mereka, kononnya dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Budaya hedonisme dalam masyarakat sepatutnya dihentikan, bukannya disuburkan. Kehadiran mereka tidak akan mendatangkan manfaat, malah boleh membawa banyak keburukan kepada agama, bangsa dan negara.

 

Tambahan lagi, kumpulan Coldplay juga merupakan penyokong budaya LGBT, yang mana sangat bercanggah dengan ajaran agama Islam. Maka, tidak sepatutnya kumpulan ini diangkat dan disambut baik di negara kita.

Agenda LGBT memang sudah lama menyusup masuk dalam negara kita dengan pelbagai cara halus. Kini, ia seolah-olah disambut baik pula jika kita membenarkan ianya digalakkan melalui konsert sebegini.

Kita berharap waktu lapang, kewangan dan minat masyarakat dapat digunakan kepada perkara bermanfaat.

 

 

 

 

Halimazaitul Azna bt Abdul Halim
Aktivis ISMA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *