Artikel Kami

Selamat Hari Guru Buat Semua

Selamat Hari Guru Buat Semua



Guru insan mulia yang banyak mencurahkan bakti kepada orang lain. Bayangkan betapa besarnya ganjaran bagi seseorang yang mengajarkan kebaikan.
 Magisnya, selagi kebaikan itu dilakukan oleh orang yang diajarkan, selagi itulah pahalanya terus mengalir bagaikan air sungai buat gurunya.

Contoh sekecil-kecil sunnah kebaikan yang menderu pahalanya bak air sungai, adalah insan yang mengajarkan membaca dan mengira, manfaat ilmu tersebut berterusan sehingga insan yg diajarkan dapat menggunakan ilmu tersebut ke arah kebaikan yang tak putus-putus pahalanya.

Betapa besarnya peluang pahala bagi seorang guru yang mendidik dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR Ibn Hibban).

Dalam kerangka fikir yang lebih besar, guru tidak hanya terhad kepada mereka yang berprofesyen guru semata. Namun, semua kita juga mampu menjadi guru dalam lapangan masing-masing. Guru dalam mendidik anak, guru di tempat kerja, guru kepada anak jiran tetangga, serta di mana-mana sahaja.

Peranan guru itu bermula dengan qudwah (contoh) yang baik, dan seterusnya dengan lisan (perkataan), sehingga ia menjadi tersebar kepada sesiapa yang melihatnya. Kebaikan akan terus menerus menjadi manfaat buat dunia.

Jadi, jom kita berusaha menjadi manusia yang memberi manfaat selagi masih ada hayat.

 

Catatan,

Aini binti Said

Ketua Wanita

ISMA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *