Artikel Kami

Perkara Pantang Bagi Seorang Suami – Isteri Perlu Tahu

Perkara Pantang Bagi Seorang Suami – Isteri Perlu Tahu

Perkara
Sedikit perkongsian dari pengalaman orang lama buat pasangan muda, terutamanya isteri. Di sini kita boleh senaraikan beberapa “lampu merah” yang perlu sang isteri jaga terhadap suami. Dalam sesi perkongsian seterusnya, kita akan tenuni amanat buat sang suami terhadap isteri pula.

Jadi, jom baca :

 

1. Buat Hal Dengan Mak Mertua

Ketahuilah hakikatnya, suami masih seorang anak mama dan anak ibunya. Oleh itu mereka wajib taat kepada ibunya sampai ke mati. Maka isteri perlu bijak menjaga kerukunan dan hubungan dengan ibu mertua.  Santuni dan hormatinya macam ibu sendiri.

 

2. Isteri Kasar Dan Buat Tak Endah

Pantang bagi seorang suami, isteri yang bersikap kasar dan buat tak endah akan dirinya. Percayalah sesado mana pun suami anda. Dia adalah seorang yang perlukan perhatian. 

Jika berlaku perselisihan faham atau dia berkecil hati dengan isteri, cepat-cepatlah bertindak. Ego mereka memang tinggi. Tapi sebenarnya akan kalah pada kelembutan seorang isteri.

3. Tak Hormati Ruang Peribadi (Masa Masuk Gua).

Suami perlukan ruang peribadi untuk si isterinya hormati. Pernah dengar istilah Man cave? Lelaki secara psikologiny perlukan ‘gua’ peribadi mereka sendiri walaupun dah berkahwin dan beranak pinak sekalipun. 

Dalam ‘gua ’tersebut biasanya merekea bertenang, menyusun strategi baru, dan melarikan diri daripada tekanan persekitaran dan emosi buat seketika. 

Jadi pantang bagi suami jika isteri tidak memberi ruang kepadanya. Jangan terlalu mendesak untuk mendapatkan jawapan dan keputusan. Bersabar dan beri masa kepada suami.

4. Jangan Bandingkan Suami Dengan Orang Lain. 

Ni umpama ‘Kad Merah’ bagi orang lelaki. Jika isteri bandingkan dia dgn orang lain, dia juga berhak bandingkan isteri dengan orang lain. Jadi apa perasaan jika ia terjadi?

Kesimpulannya, isteri perlu sedar suami adalah jodoh terbaik buat diri masing-masing setakat ini. Dia umpama cerminan bagi diri kita. Syukuri dan sama-sama bangunkan keluarga bahagia yang diimpikan bersama. 

In sha Allah.. Sama-sama doakan Allah sentiasa menuntun dan memberikan Sakinah, Mawaddah dan Rahmah dalam setiap rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan taat kepadaNya…

Ameen…

 

Catatan

Aini binti Said

Ketua Wanita

ISMA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *