Artikel Kami

Pertahanan, sebahagian teras Malaysia Unggul 2040

Pertahanan, sebahagian teras Malaysia Unggul 2040

Palestin bumi merdeka. Begitulah ekspresi wajah para pemuda dan warga kota Gaza yang sekian dihujani serangan udara dari Tentera Israel yang melancarkan operasi serangan terhadap pejuang Palestin. Beberapa hari yang lepas, tepat 15 Mei, rakyat Palestin memperingati, 75 tahun pengusiran mereka dari bumi Palestin yang digelar Hari Nakbah. Lebih kurang 500 bandar dan kampung diceroboh dan dimusnahkan oleh Israel, dan tidak kurang daripada 700,000 warga Palestin hilang tempat tinggal. Pengusiran dari tanah air mereka masih lagi berlaku hingga kini.

Tatkala mereka diasak hanya kerana berarak dan mengibarkan bendera Palestin semperna memperingati hari berdarah tersebut, mereka juga diuji dengan beberapa siri pembunuhan pimpinan kanan seperti Iyad al-Hassani. Sekurang-kurangnya 147 rakyat Palestin mengalami kecederaan dan beberapa bangunan sekeliling musnah akibat siri serangan Israel.

 

 

Memandang dari lensa negara dan ke arah visi Malaysia Unggul 2040, isu pertahanan negara sememangnya harus dipandang dengan lebih tegas untuk mengelakkan pengaruh anasir-anasir yang boleh mengancam agama dan negara. Dengan pencerobohan perairan oleh China di Laut China Selatan yang mengganggu aset-aset strategik negara dan tidak kurangnya ancaman budaya-budaya songsang Barat seperti LGBT, Malaysia seharusnya mengambil langkah proaktif menyekat kemasukan pengaruh-pengaruh tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan erti pertahanan pada kaca mata penulis. Apabila rakyat, atau lebih spesifik, individu muslim, itu memahami tugasnya di muka bumi ini selain daripada beribadah, mereka akan mengejar dan menegakkan syiar Islam.

Perkara ini selari dengan pembangunan peradaban islam yang, apabila masyarakat memahami dan mengimani agama Islam, maka lahirlah tamkin atau kuasa bagi mentadbir dan mempertahankan negara. Dengan negara yang kuat dan mampu menepis ancaman penjajahan, maka lahirlah kemuncak keinsanan, dan masyarakat dapat hidup dengan baik, seterusnya mencapai suatu kebahagiaan yang diredhai.

 

 

Catatan,

Irfan bin Alias

Setiausaha Cawangan

ISMA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *