Artikel Kami

Pengorbanan Realisasikan Ketaatan

Pengorbanan Realisasikan Ketaatan

Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar yang akur dengan perintah Allah untuk mengorbankan putera mereka yang dikasihi iaitu Nabi Ismail, memberi pengajaran agung buat umat Islam.

Ternyata iman itu bukan sekadar ucapan di bibir, tetapi meyakini dengan hati yang dalam, mengucapkan dengan lisan dan menterjemah dengan tindakan.

Iman akan meningkat dengan ketaatan dan setiap ketaatan pasti diuji dengan pengorbanan.

 

Kerelaan dan kerendahan hati Siti Hajar telah merealisasikan keutamaan cintaNya pada Allah SWT. Beliau akur dengan perintah Allah SWT untuk mengorbankan Nabi Ismail a.s. Beruntunglah Siti Hajar kerana tidak mengeluh, malah reda dengan ketetapan dan ujian Ilahi. Natijahnya, namanya kini sentiasa dikenang setiap kali musim haji atas pengorbanannya sebagai seorang isteri dan ibu.

Hayatilah nilai pengorbanan ini dan realisasikan dengan keadaan kita sekarang. Hanya pengorbanan di sisi Allah sahaja akan diberi balasan dan ganjaran.

Justeru, berlapang dadalah dengan ujian dan kesukaran. Bertahanlah selagi mampu dalam melakukan pengorbanan.

Selamat menunaikan haji buat muslimin dan muslimat yang menjadi duyufurrahman. Moga setiap pengorbanan perasaan, jiwa, masa dan tenaga di kala ini atas rasa keredaan dan ketundukan kepadaNya.

Puan Aini binti Said

Ketua Wanita Cawangan Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *