Artikel Kami

Hari Malaysia : Minda Perjuangan

Hari Malaysia : Minda Perjuangan

Manusia adalah mahkluk yang hebat kerana di awal kejadian pun sudah perlu berjuang dan bertarung untuk terpilih sebagai yang terhebat dan terbaik.

Seseorang yang jelas hala tuju dan matlamat kehidupan akan bertindak dan berjalan menuju matlamat tersebut. Namun sudah pasti dalam perjalanan menuju matlamat tersebut terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang perlu dilalui. Segala bentuk halangan dan rintangan dihadapai dengan susah payah. Itulah perjuangan. Perjuangan yang memandu menuju puncak kejayaan. 

Yang mana lebih utama matlamat atau berjuang?

Kejelasan matlamat menentukan nilai sebuah perjuangan. Sebagai orang beriman, pastikan segala yang dilakukan bermatlamatkan akhirat dan segala perjuangan mendapatkannya akan dinilai sebagai pahala di sisi Allah s.w.t.

Semoga segala perjuangan tokoh kemerdekaan negara seperti Abdurahman Limbong, Dol Said, Tok Janggut dan lain-lain diberi nilai ganjaran pahala berkekalan dari Allah s.w.t. Mereka telah berusaha mempertahankan tanah air atas keimanan dan ketauhidan kepada Allah s.w.t.

 

Salam Hari Malaysia,

Aini binti Said  

Ketua Wanita Isma Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *