Artikel Kami

Akhlak Muslim Dalam Perang

Akhlak Muslim Dalam Perang

Dalam kehangatan berita peperangan antara Palestin dan Israel, muncul beberapa video yang menonjolkan keperibadian muslim ketika berperang. Masya-Allah, tabarakallah. 

Pada saat tentera musuh bertindak sesuka hati, mujahidin Palestin masih berpegang teguh dengan adab-adab berperang yang digariskan oleh Islam. 

Ini ialah bukti bahawa Islam menitikberatkan keharmonian walaupun dalam keadaan perang. 

 

Larangan dalam Perang

Apakah bentuk-bentuk larangan ketika perang menurut Islam? Mari kita ulangkaji bersama.

1. Dilarang membunuh wanita dan kanak-kanak kecuali yang menyertai peperangan;

2. Dilarang membunuh orang tua dan orang yang tiada upaya;

3. Dilarang membunuh orang yang sedang beribadah;

4. Dilarang merosakkan tanaman dan ladang;

5. Dilarang membunuh haiwan ternakan kecuali untuk memakannya;

6. Dilarang merobohkan tempat ibadah;

7. Dilarang membunuh orang yang berada dalam tempat ibadah;

8. Dilarang melakukan pengkhianatan jika sudah mencapai persetujuan;

9. Dilarang berperang pada bulan-bulan haram kecuali diserang terlebih dahulu;

10. Dilarang memutilasi mayat musuh;

11. Wajib melindungi orang-orang musyrik yang memohon perlindungan;

12. Dilarang melampaui batas.

“Umat Muslim hanya dibolehkan membunuh, mengusir dan memerangi umat kafir yang telah memerangi mereka terlebih dahulu dan dilarang melampaui batas.” (QS al-Baqarah: 191-190)

Semoga para mujahidin Palestin dikurniakan kemenangan menentang Israel.

 

Apa tugas kita di Malaysia? Tugas kita mungkin nampak sedikit dan tidak terkedepan, tetapi sebenarnya tugas ini sangat memainkan peranan penting menyokong barisan hadapan di Palestin sana. Salurkan lah bantuan dan sumbangan kepada rakyat Palestin dengan menderma ke tabung Aman Palestin :

👇👇👇

https://jommenyumbang.com/ms/kempen/bantuan-kecemasan-palestin

https://jommenyumbang.com/ms/kempen/bantuan-kecemasan-palestin

https://jommenyumbang.com/ms/kempen/bantuan-kecemasan-palestin

 

 

Siti Nur Fatihah

Aktivis ISMA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *