Tentang Kami

Kenali Kami

Melayu Sepakat
Islam Berdaulat

ISMA adalah sebuah gerakan Islam yang dinamik dan progresif, yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. ISMA ditubuhkan di atas asas kefahaman Islam yang sahih, metodologi kerja yang jelas, pembinaan dan penyusunan ahli yang rapi serta kerja-kerja berpasukan yang berterusan dan professional. ISMA terlibat secara aktif dalam menyampaikan ajaran Islam yang sebenar kepada segenap lapisan masyarakat dengan menggunakan pelbagai cara dan pendekatan. Program-program ISMA merangkumi:

ISMA adalah sebuah organisasi Islam yang terkehadapan dalam memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di Malaysia sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan. ISMA mengambil tanggungjawab untuk memperkukuhkan kepimpinan umat Islam di Malaysia bagi memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutan terjamin dan tidak mampu dicabar.

ISMA memiliki agenda perjuangan yang unik dan tersendiri. Selaras dengan tuntutan semasa, ISMA memberi tumpuan yang besar kepada bangsa Melayu dalam program dan aktivitinya. Bangsa Melayu adalah bangsa Islam yang menjadi majoriti di Malaysia. ISMA meletakkan kekuatan serta kesepakatan orang Melayu sebagai pra-syarat kepada pelaksanaan Islam di Malaysia. Oleh itu, ISMA sentiasa komited untuk menghidupkan bangsa Melayu dengan Islam agar mampu berperanan sebagai bangsa tonggak kepada projek Islam di Malaysia.

ISMA adalah organisasi berdaya maju dengan bilangan aktivis yang ramai dan komited di seluruh negara. Majoriti ahli ISMA merupakan golongan muda. Bilangan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa. Ahli-ahli ISMA terdiri daripada pelbagai latar belakang, kerjaya dan kepakaran. ISMA mempunyai tokoh-tokoh dalam bidang-bidang strategik seperti pengajian Islam, kewangan Islam, keusahawanan, kejuruteraan, sains dan teknologi, pendidikan, perubatan dan sebagainya.

Agenda Kami

Memimpin ummah mengembalikan dominasi kuasa Melayu Islam

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di Malaysia

Pembentukan Minda Melayu Muslim & Pengukuhan Agenda Persepakatan

ISMA berjuang untuk membentuk minda bangsa Melayu dengan merujuk kepada Al-Qur’an, As-Sunnah, sejarah dan berdasarkan realiti semasa umat Islam.

Mempertahankan Islam Sebagai Identiti Negara

ISMA sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan doktrin Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pembangunan Keluarga & Masyarakat

ISMA mementingkan penerapan budaya ilmu di kalangan keluarga Muslim

Pembinaan Generasi Baru

ISMA mengambil langkah serius dalam usaha membina generasi baru dalam segenap aspek di setiap peringkat umur.

Pemantapan Ekonomi dan Keusahawanan

Ekonomi merupakan satu bidang yang sangat penting dalam pembangunan tamadun umat Islam.

Penggembelingan Masyarakat Madani

ISMA memahami bahawa pengelibatan seluruh masyarakat dalam projek Islam merupakan pra-syarat kepada penegakkan tamadun.

Sosial dan Kebajikan

ISMA amat mengambil berat soal kebajikan dan keperluan masyarakat di peringkat setempat mahupun di peringkat antarabangsa

Daftar Sebagai Ahli ISMA

Bersama-sama berganding bahu memperkasa ummah harapan demi membina negara Islam yang berdaulat.